MINUM VITAGEN PENYEBAB KANSER??? INI PENJELASAN DOKTOR PAKAR

Merungkai Mitos - Vitagen penyebab kanser?


Post ini telah tersebar luas di dalam medial sosial dan menyebabkan ibubapa takut dan risau utk memberikan anak2 mereka minuman kultur seperti vitagen mahupun yakult.

Ada beberapa perkara yang saya mahu betulkan disini:

1) Mengikut pengetahuan kami, bakteria bukanlah penyebab kanser secara direct. Apatah lagi kanser yang disebut dalam post tersebut adalah specific iaitu kanser darah.

2) Hanya beberapa jenis kuman yg terdiri drpd virus sahaja boleh menyebabkan kanser sebagai contohHuman Papilloma Virus(HPV). HPV boleh menyebabkan kanser pangkal rahim(cervical cancer). Dan virus adalah sangat jauh perbezaannya drpd bakteria

3) Minuman kultur seperti yakult dan juga vitagen mempunyai bakteria yang baik sama seperti bakteria yg tinggal di dalam usus kita. Ianya berfungsi utk menguraikan makanan yg tidak terurai, mengawal bakteria2 yg berada di dalam usus agar tidak menyerang badan perumah dan beberapa fungsi penting yg lain.

Tiada kajian yg menyatakan bahawa bakteria2 di dalam usus ini menjadi penyebab kepada kanser.

4) Cumanya minuman susu kultur ini tidak boleh diberikan kepada orang yg mempunyai sistem imun yg lemah seperti
- Pesakit HIV
- Pesakit yg menjalani chemotherapy
- Pesakit yg menggunakan steroid dalam satu jangka yg lama
- Pesakit kanser
- etc

5) Dalam post tersebut juga menyatakan doktor yg mengambil air sumsum tulang tu cakap sumsum tulangnya mempunyai bakteria yg banyak.

Ini adalah satu kesalahan. Sumsum tulang tidak diambil utk melihat bakteria di dalamnya sebab ia tidak akan kelihatan. Kita ambil sumsum tulang selalunya utk melihat karakter sel2 dalam sumsum tulang tersebut agar supaya kita mengetahui jenis kanser darah yg berlaku. Kanser darah yg berlainan mempunyai cara rawatan yg berbeza. Sebab itu nak ambil sumsum tulang tersebut.

6) Cerita ini diceritakan bukan drpd ibu yang sebenar dan telah ditokok tambah berserta pemahaman yg salah terhadap keadaan yg berlaku

7) Agakkan saya:
- kanak2 tersebut memang mempunyai kanser darah sebelum ini.
- Tetapi keadaan kanak2 tersebut menjadi lebih teruk setelah diberi vitagen/yakult. Ini kerana pesakit kanser mempunyai imun sistem yg lemah. Disebabkan minuman kultur tersebut mempunyai bakteria yg hidup, maka dia menyerang perumah yg mempunyai sistem imun yg lemah itu.
- Selepas itu, oesakit mgkn mengalami simptom jangkitan pada selaput otak(meningitis) dan membuatkan doktor mengambil air tulang belakang drpd pesakit. Drpd air tulang belakang itu, kita boleh melihat sama ada wujudnya jangkitan kuman pada selaput otak ataupun tidak. Ianya bukan dilakukan dgn mengambil air pada sumsum tulang tetapi air pada tulang belakang(lumbar puncture).

8) Sebab itu dalam melihat sesuatu berita ataupun post di Facebook, perlunya kita dilihat pada perawi(org yg menceritakan) tersebut. Jika mereka bukan ahli dan mesej tersebut berbunyi pelik, maka perlulah utk kita tidak mengambil endah pada mesej tersebut.

Ini kerana setiap perkara yg kita share tersebut akan dipertanggungjawabkan ke atas kita. Walaupun org yg mula menyebarkannnya bukan kita

Kredit: FB MKT(O)

Ads:

Previous
Next Post »
Thanks for your comment