"Nasib rakyat Malaysia di ladang buah Australia DITINDAS, DIPERAH"


Korang dah baca artikel yang ditulis oleh Saiful Haizan Hasam ni?

Saiful ni sebenarnya wartawan Utusan Malaysia yang menyamar sebagai pemetik buah di salah sebuah ladang di Swan Hill. Hanya bekerja selama 8 hari di ladang. Bertanya pelbagai soalan itu ini dengan semua orang yang dia jumpa. Ambil beberapa gambar dan video. Dan selepas 8 hari, Saiful pulang ke Malaysia dan menulis artikel ini.

=================================

Baca ulasan aku ni pula.

Di Australia, sangat susah untuk kita berjumpa local people yang bekerja sebagai pemetik buah di ladang. Yang ada pun bekerja sebagai supervisor dan manager di ladang. Perkara ini hampir sama berlaku di Malaysia.

Kerana apa? Kerana pendapatan yang diberikan tidak cukup kepada orang tempatan.

Dalam artikel pertama si Saiful ni, tajuknya "Hamba Abdi Moden" sangat aku tidak setuju.
Minta Saiful ni buka kamus DBDP cari maksud hamba abdi.

Kami yang merantau mencari rezeki di negara orang ni bukan bodoh. Cuma terbeban dengan ekonomi dan kepimpinan yang semakin teruk di Malaysia. Rakan2 senegara yang aku temui di sini kebanyakannya golongan ekskutif seperti exec bank, chef, pekerja oil and gas dan pelbagai lagi.

Gaji mereka kan dah banyak kerja di Malaysia, kenapa berhijrah ke Australia sebagai pemetik buah di ladang?

Kerana gaji di Malaysia walaupun banyak tapi habis pakai lagi banyak. Nak menyimpan rm1000 sebulan pun susah.

Lain pula bila bekerja di Australia, kami boleh menyimpan paling sikit 1500AUD bersih sebulan. Itu paling sikit la. Kang cerita banyak2 korang tak caya lak.

Bab rumah dan transport untuk ke tempat kerja pula. Pernah korang tengok rumah ladang (kongsi)yang bangla dan indon yang tinggal di dalam ladang Malaysia? Pernah korang tengok kontraktor Malaysia pandu Toyota Estima bawa pekerja ladang pergi kerja?

Tak pernah kan?

Ok ni ha aku bagitau. Rumah ladang di Australia ni 10 kali lagi okay dari rumah kongsi di Malaysia. Cuma bayarannya nampak mahal sikit jika diconvert kepada Ringgit Malaysia. Bayaran normal setiap minggu rumah ladang ialah antara 70-100Aud.

Untuk rumah yang jauh dari ladang, kontraktor akan sediakan pengangkutan. Jika bukan kontraktor sediakan pun, pekerja akan beli kereta sendiri. Aku akui memang pekerja akan dicaj perkhidmatan pengangkutan. Habis tu siapa nak isikan minyak kereta? Harga petrol di Australia berubah setiap hari. Malah lebih mahal dari harga petrol di Malaysia. Untunglah duduk Malaysia 😅

Sebulan aku di Springvale, aku naik Estima pergi kerja. Estima model baru tau, bukan model lama. Masuk ladang dengan jalan yang lecak lagi masa tu. Sebab malam je hujan. Korang paham2 la keadaan kereta tu jadi macam mana. Sejam setengah dari rumah nak sampai ke ladang. Gaji aku ditolak 10Aud caj transport setiap hari. Korang darab la currency sekarang 3.35. RM 33.50 sehari untuk tranport sahaja.

"Rakyat Malaysia yang bekerja di ladang Australia ditindas" kata Saiful.

Aku rasa kau je yang rasa ditindas, Saiful. Aku tengok video yang kau buat petik nectarin semalam. Kau buat kerja macam orang malas. 5 pokok kau ambil masa 4jam untuk thinning? Pokok tu kecik je bro kalau nak banding pokok orange yang aku panjat.

Kau sedar la diri sikit Saiful. Kau tu dah berumur,buat kerja lebih sikit pun mengah, perut pun dah macam mengandung 8 tahun. Janganlah kau nak kondem kami yang boleh buat kerja di sini. Kami semua ada komitmen yang perlu ditanggung, hutang tertunggak yang wajib diselesaikan dan keluarga yang menunggu kepulangan kami. Profesion kau hanya di meja ofis je. Takpun duduk rumah jaga cucu.

Kami di sini tidak ditindas dan diperah. Kami bekerja dengan kerelaan kami. Kalau kami tidak bekerja, kau nak tolong bayarkan hutang2 kami ke Saiful? Isteri dan anak2 kami kau nak tanggung?

Sekarang sejak kau tulis artikel negatif kau ni, entah berapa ramai rakyat Malaysia yang mencari rezeki di Swan Hill kena tangkap immigresen. Takkan takde cerita2 positif?

Ingat Saiful. Apa yang terjadi di sekeliling kau, itulah cerminan diri kau. Negatif kau lihat, negatif la kau.

Akmar Abu Bakar
melaporkan dari New South Wales,
Australia.

Ads:

Previous
Next Post »
Thanks for your comment