Ramai guru sudah tidak seronok mengajar dan antara sebab musababnya ialah:
- Kedatangan saja kena key in online dan tanda register.
- Key in data hampir 400 ibubapa dan murid dalam sarana untuk hari orientasi tingkatan 1.
- Beli sendiri dakwat pen marker. Dibekalkan 3 batang (1 hitam, 1 biru dan 1 merah) dan 1 botol kecil ink untuk refill. Memang perlu beli sendiri untuk mengajar.
- Syok sendiri. Buat latihan dalam VLe frog. Dah dua kali cuti sekolah kena jawab sendiri guna ID pelajar. Sendiri soal, sendiri yang jawab.
- Tak boleh fokus sediakan BBM pelbagai sebab mengajar kelas pelbagai tahap. Masa , tenaga dan fikiran banyak dikerah untuk kerja-kerja lain. Tidak sama seperti semasa praktikal dan mula-mula posting 2008-2010. Macam-macam boleh buat.
- Sejak idea PBS, online-online, jadi confuse dengan tugasan sebenar. Dulu masih boleh mengajar time relief sebab kasihan pada pelajar. Sekarang? Tak tak larat, penat urus macam-macam perkara.
- Baru syok nak mengajar, teringat kena bagi kehadiran budak pada guru kelas. Kena key in kedatangan kelas sendiri online. Lambat atau sibuk, jadual pack atau habis data, nanti nama naik.
- Kemudahan sangat terhad. Internet sendiri, print sendiri.
Sebenarnya menjadi seorang cikgu adalah penat dan tidak mudah. Kalau sehari masuk 4 kelas, kena urus 120 pelajar sehari yang pelbagai ragamnya. Ada yang menjerit, ada yang bergaduh, berdiri atas tembok koridor, bertumbuk, sakit dan macam-macam lagi.
Bergerak dari satu kelas ke satu kelas. Naik turun tangga jelajah satu sekolah. Masuk kelas, budak-budak tak dengar arahan. Dah perlu kerah tenaga lebih untuk kawal pelajar. Cakap pelahan-lahan, budak tak kisah.
Kadang-kadang, kerana kes salah laku pelajar, kalau cikgu tersilap percaturan, terpaksa menghadap polis. Silap-silap naik mahkamah. Dah ada kes di sekolah, iktibar.
Macam-macamlah penyebab hilangkan rasa seronok cikgu nak mengajar. Tak terdaya nak taip kesemuanya. Itu pun ada yang cemburu bila cikgu pun turut sama cuti sekolah, tak kerja tetapi gaji masih berjalan.
Kami bawa balik kerja ke rumah, orang tak nampak. Waktu cuti sekolah, kami kena buat vle frog. Jawab sendiri guna ID pelajar. Pelajar seronok bercuti.
Orang tak nampak kami kena datang ke sekolah, bersihkan bengkel dan kelas sebelum mula persekolahan. Orang tak nampak kami perlu datang bertugas mengikut jadual semasa cuti.
Seronok menjadi cikgu apabila dapat mengajar subjek dengan memberi sehabis baik tanpa sebarang tekanan dari hal-hal yang lain. Seronok nak melentur dan mendisiplinkan pelajar kalau kami tidak perlu serap tekanan dan kesibukan siapkan kerja-kerja lain. Seronok nak membentuk akhlak pelajar kalau kami mendapat kerjasama daripada ibubapa.
Sebenarnya seronok menjadi cikgu kalau sistem pendidikan berwarna ceria. Masalahnya warnanya kusam dengan pelbagai e- dan sebagainya. Cikgu-cikgu lama yang sudah nak pencen selalu sebut,
"Tak sabar nak pencen. Dulu seronok jadi cikgu. Sekarang? Aduhai..."
Siapa yang bekerjaya sebagai guru akan faham masalah dan luahan hati seorang guru. - FB Cakcibor | TERBAIK BAQ HANG
Ads:
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon