Mungkin ada yang pernah terbaca yang Jepun mengalami masalah kekurangan tenaga buruh dan professional tapi tak boleh nak bayangkan sejauh mana keadaan dia.
Nak gambaran paling mudah boleh tengok dalam team procurement saya sendiri, seorang sahaja 30s, yang lain semua 40s, 50s and 60s. 40s cuma 3 orang, yang lain ramai dah timang cucu. 20s takde dalam list.
Saya tak pukul rata cakap semua department di Jepun macam department saya tapi in general ini masalah yang melanda Jepun sekarang. Low fertility rate, at the same time high longevity rate. Kesannya jumlah populasi turun mendadak dengan peratus warga emas makin meningkat. Golongan muda yang ada sekarang tak cukup untuk cover semua sektor pekerjaan.
Faktor kekurangan tenaga pekerja professional yang semakin meruncing jadi salah satu sebab recruitment agency makin giat hire engineers dari luar. 2013 bila saya masuk, tak sampai 10 orang foreign engineers. Sekarang hampir 100 orang engineer luar under Intelligence, mainly dari China, Malaysia, Indonesia, dan Vietnam. Poland pun ada sorang.
Engineers dari Malaysia under Intelligence sekarang dalam 18 orang, kebanyakan attached dengan Nissan, Toyota, Yamaha, Subaru dan Sumitomo . Nissan lagi 3,4 tahun dah boleh bukak kampung Malaysia.
Jadi sesiapa yang boleh berbahasa Jepun, rasa nak tukar angin, keluar dari comfort zone, nak belajar monozukuri japanese style, you're more than welcome to join us.
Team kami akan datang ke Malaysia untuk sesi interview on next December so sesiapa yang ada rakan-rakan yang berminat boleh submit resume kepada kami.
zaki.khamzah@inte.co.jp
chika.hirai@inte.co.jp
Seriously, they need more people.
Artikel ini asalnya disirkan di laman Facebook milik Zaki Khamzah. Sila hubungi beliau untuk tujuan mohon kerja di Jepun.
Ads:
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon