7 Perkara Yang Isteri Mahu Daripada Suami Tetapi Malu…


Ramai lelaki yang rasa susah nak fahami wanita, walaupun wanita yang telah menjadi isteri mereka selama bertahun-tahun.

Kadang-kadang nampak moodnya ok, tapi tiba-tiba dia menangis pula. Dia merungut tentang sesuatu tapi bila anda bagi tunjukkan cara untuk selesaikan masalah, dia tetap tak puas hati.

Sebenarnya, anda tak perlu bimbang tentang apa yang dia kata. Sebaliknya bimbang tentang apa yang dia tak kata. Bila dia tak kata apa-apa, sebenarnya perkara inilah yang sedang bermain di fikirannya;

1. Paling penting, dia mahukan cinta dari anda

Lelaki mahukan wanita yang hormat padanya, tapi wanita mahukan lelaki yang cinta padanya.

Bila wanita kurang tunjukkan rasa hormat pada suaminya, suaminya pun akan kurang tunjukkan rasa cinta pada isterinya. Bila suaminya kurang tunjukkan rasa cinta, isteri pun akan semakin kurang hormat pada suaminya, dan kitaran ini akan berulang-ulang.

Hentikan kitaran ini sebelum hubungan anda menjadi lebih parah. Tunjukkan cinta pada isterimu. Itu yang dia mahukan. Sayangi dia walaupun dia ada cacat celanya. InshaAllah, dia juga akan hormati anda walaupun anda juga ada kelemahan sendiri.

2. Dia bosan

Dia bukan saja bosan, tapi dia juga penat. Mana taknya, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, rutin hariannya sama saja. Dia perlu besarkan anak-anak, uruskan rumahtangga, dan kemudian manjakan anda pula.

Sama juga halnya dengan isteri yang bekerja. Ramai wanita zaman sekarang yang perlu bekerja dan uruskan hal rumahtangga pada masa yang sama.

Buat para suami, usahalah untuk buat isteri anda rasa istimewa dan dihargai. Beri dia rehat. Bila ada masa terluang, bawa dia keluar berjalan-jalan. Jangan biarkan dia rasa bosan.

3. Dia ingin dipuji

Semua orang mahu dihargai. Tiada siapa yang mahu rasa seolah-olah kerja kerasnya tak dihargai atau diambil mudah.

Membasuh baju dan memasak bukan tanggungjawab isteri, tapi dia tetap lakukan untuk suaminya walaupun banyak perkara lain yang dia boleh lakukan untuk dirinya sendiri.

Jadi tunjukkan pada isteri anda yang anda hargai segala kerja keras dan pengorbanan yang dia lakukan. Tak perlu susah-susah, boleh mula dengan hanya ucap “terima kasih”

4. Dia kuat cemburu

Ada sebab kenapa perempuan tak suka pada poligami. Jadi berhati-hati bila anda bercakap tentang perempuan lain di depan isteri anda.

Jangan bandingkan dia dengan mana-mana perempuan lain, atau dengan ibu anda, atau dengan bekas teman wanita anda. Dia mahu rasa bahawa dia akan fokus utama dalam hidup suaminya, jadi buat dia rasa seolah-olah dia perempuan yang paling penting sekali.

5. Dia mahu anda bantu dia baiki agamanya

Isteri anda mahu hidup dengan anda dan dia mahu anda jadi pemimpin buat dia. Dan apa cara yang lebih baik untuk jadi pemimpin dia selain bantu dia baiki iman di hatinya?

Tapi anda tak boleh ajar dia cara baiki iman jika iman anda pun tak kemana. Jadi baiki iman anda dulu. Baiki diri dan kemudian ajarkan pada dia dengan cara yang lembut dan penuh dengan kasih sayang.

6. Dia tak suka membebel, tapi kadang-kadang dia rasa macam tak diendahkan

Wujud satu mitos yang mengatakan para isteri suka membebel pada suami mereka. Sebenarnya ini tak betul.

Ya, memang ada sesetengah orang (lelaki dan perempuan) yang tak pernah puas hati. Tak kira apa pun yang anda lakukan, mesti dia akan cari salahnya juga nanti.

Sabda Rasulullah SAW:

“Aku diperlihatkan keadaan neraka yang mana aku tidak pernah melihat pemandangan seperti ini, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kaum wanita. Lalu para sahabat bertanya: “Mengapa berlakunya perkara sedemikian wahai Rasulullah SAW?”

Baginda SAW bersabda: “Ia disebabkan oleh kekufuran yang telah dilakukan oleh mereka.”

Kemudian sahabat bertanya lagi: “Adakah mereka kufur kepada Allah?”

Baginda SAW menjawab: “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) pasti dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan yang ada pada dirimu.’ ” (Riwayat Bukhari)
Ya, memang perempuan perlu hati-hati bila bercakap tentang suami. Tapi selalunya, perangai suami yang membuatkan perempuan rasa susah nak berdiam diri.

Mungkin anda selalu mencari salahnya dan dia pun sebut salah anda juga untuk balas perbuatan anda.

Mungkin anda tak bekerja keras (atau bekerja tak cukup keras) sampai dia yang perlu bantu anda jalankan tanggungjawab anda. Mungkin anda pun tak cukup usaha jadi suami yang baik.

Jadi usaha untuk baiki diri dan jangan berikan dia alasan untuk berleter pada anda lagi.

7. Lebih dari segala-galanya, dia hanya mahukan hubungan yang stabil dan bahagia dengan anda.

Perempuan tak kahwin hanya untuk mengejar keseronokan. Mereka berkahwin kerana nak bina keluarga yang bahagia yang mereka pilih anda kerena mereka percaya anda mampu realisasikan impian mereka.

Selain daripada tugasnya kepada agama, inilah perkara paling penting buat seorang wanita Muslimah – bina keluarga bahagia, stabil, dalam iman kepada Allah SWT.

Dan sebenarnya, keinginannya yang satu ini sangat mudah untuk ditunaikan.

Berhenti buat-buat tak tahu dan jadi suami yang baik untuk dia. Layan dia dengan lemah lembut. Tunjukkan perasaan cinta anda padanya.

Bila ada masalah, jangan ugut dia dengan penceraian atau mahu kahwin lagi satu. Ya, memang suami ada hak untuk buat dua perkara ini tapi ugut isteri dengan perkara-perkara ini hanya akan memburukkan rumahtangga anda.

Yakin pada Allah SWT. Hati-hati dengan bisikan syaitan dan selalu bersabar dengan isteri. Tak susah mana pun, kan?

Sumber : Bercintaselepasnikah

Ads:

Previous
Next Post »
Thanks for your comment