As-salaam & Hi...
Al kisah cerita tgh hari semalam (kisah ni berlaku sewaktu aku sedang seronok makan tgh hari).
Aku dpt satu sms yg seperti dlm gambar tu. Aku ni jenis suka simpan sms2 mcm ni. Ya la kan, utk tujuan rujukan d masa akan dtg. At least ada bukti.
Terus aku dail no seperti tertera dan kedengaran operator CIMB menyambutku (Welcome to CIMB bla3...press 1 for english bla3...) Sampai la ke operator CIMB, trus aku laporkan pasal sms tu. Trus dia buat pengesahan no hp ku. Lepas ku bagi, wahhh dia trus sebut no ic ku, dengan tepat sekali padahal aku x sebut pun lg. Jadi aku yakin yg aku x silap no.
Aku tanpa berlengah teruskan inquiry berkenaan sms yg aku dpt tu. Aku bg tau Cik Operator tu, aku mmg xda apply apa2 pun credit card dan aku hanya ada satu sahaja kad kredit buat masa ni (bukan CIMB). Terus operator tu mntk aku tuliskan detail kad yg dia akan beri kan.. Dlm keadaan serabut2 mcm tu, aku salin la apa yg dia sebut... No 16 digit hdpn kad, limit Approved (RM15K ok!!), latest balance RM4K bla3... Aku mmg syak ada org guna ic aku utk apply dan xkn teragak2 nk saman CIMB sekiranya perkara ini bena2 berlaku. Trus aku mntk bantuan Cik Operator tu utk block kad aku.
Kalau betul la CIMB tu limit 15K.. Plus with existing kad aku pun limit yg sama.. So total 30K!!! Boleh gila jdnya aku lepas tu... Hish!!!!!
Aku sempat bertanyakan mereka mcm mana boleh jd mcm tu sedangkan seingat aku, bank cukup berhati2 dlm memberi kelulusan permohonan kad kdit. So operator bg tau, kad tu d pohon pada 7/01/2016 dan approved 28/01/2016.. Sekali lagi aku bising! Mana tidak, 7hb tu aku d Korea laaaa cik kak... Aku ada bukti kalo ko nak.. Dalam otak aku ni dah xda lain, aku nak saman CIMB sekiranya benda ni betul dan ni melibatkan kesilapan mereka. Hehe..kayo den
Aku ada juga tanya kalau betul kad tu lulus, kenapa x terima penyata. Trus aku mntk dia nyatakan alamat mana mereka guna. Aku ingat lagi alamat yg dia sebut tu "No 42, Desa Sri Hartamas..." Oiii gila apa, aku ni org Sarawak dan x pernah lagi tinggal di semenanjung. Kalau travel selalu la.. Aku dah mula syak bukan2...
Trus dia tenangkan aku dan bg aku langkah2 seterusnya. Once done, aku lega sikit sebab aku rasa CIMB dh tolong aku.
Alhamdulillah, Allah buka hati aku utk pergi ke cwgn CIMB terdekat utk semak sekali lg. Korang tau apa hasil nya?????? Mereka kata no yg aku dpt tu bukan kepunyaan CIMB!!!! What theeeee....!!!
Siasat punya siasat, rupanya tu scam!!! Seriously!!! Aku hampir2 tertipu dan nasib menyebelahi aku sbb aku x beri info2 peribadi yg lain sewaktu aku mula2 call tadi.
Malam tadi aku cuba call no tu lagi. Korang tau apa jawapan mesin tu???? WELCOME TO UOB CONTACT CENTRE!!! Rilex2 je CIMB jd UOB. Korang try la kalau masih dapat. Esok2 ntah Bank Negara jadinya...
Buat teman2, hati2 dgn apa yg kita terima, terutama dari sms/panggilan. Nampak meyakinkan. Mcm kes aku, aku dpt dr 68886. Meyakinkan tak? Kalau aku lurus bendul, aku rs dh habis info peribadi aku beri dekat org tu.
Semoga peringatan ini memberi manfaat buat kalian. Zaman teknologi sekarang, apa2 boleh jadi... Fuhhhhh!!!
Kredit: FB Abdul Mukmin Alias
Ads:
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon