Individu yang mahu menukar hakmilik kenderaan (termasuk Kereta atau Motor) daripada nama asal pemilik (owner) geran kenderaan yang meninggal dunia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Pertukaran pemilikan kenderaan tersebut perlu dibuat sekiranya kenderaan itu menjadi kegunaan harian pengguna sekarang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku selain membolehkan pembaharui cukai jalan dibuat dan perlindungan insuran sepenuhnya ketika menggunakan kenderaan tersebut di jalan raya.
Sebagai peringatan adalah menjadi satu kesalahan sekiranya cukai jalan tamat tempoh tetapi kenderaan tersebut masih digunakan diatas jalan raya.
CARA DAN PROSEDUR TUKAR NAMA GERAN MOTOR KERETA PEMILIK (OWNER) MENINGGAL DUNIA
Berikut adalah panduan tukar hak milik untuk penama asal geran kenderaan yang telah meninggal dunia kepada nama pengguna sedia ada bagi kenderaan tersebut
Senarai Borang Pertukaran Milikan Dan Dokumen Pengesahan / Sokongan |
Pemohon perlu melengkapkan beberapa borang bersertakan dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan atau sokongan yang diperlukan antaranya seperti berikut |
Dua salinan borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009)Borang TM-3 |
Dua salinan borang JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka)Borang JPJ K3A |
Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2) iaitu Geran |
Dokumen pengesahan pemilikan / pentadbir yang asal jika berkenaan atau salah satu daripadanya seperti berikut |
4.1 Surat Perintah Mahkamah atau Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) atau Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad atau Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil |
Laporan B5 Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuat kuasa / sah |
Pemohon dinasihatkan hadir sendiri ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk urusan pertukaran hak milik bagi melancarkan proses permohonan. Sekiranya pemohon menghantar wakil untuk urusan tersebut ia memerlukan pengisian borang lain serta maklumat pengesahan identiti |
INFO DAN PANDUAN TUKAR NAMA GERAN KENDERAAN KEMATIAN PEMILIK
Pembaharuan (Renew) Cukai Jalan |
Pembaharuan cukai jalan (Road Tax) bagi kenderaan yang masih berdaftar atas nama pemilik meninggal dunia hanya boleh diperbaharui sekali sahaja untuk tempoh 6 bulan (sekali sahaja) oleh waris terdekat selepas tarikh akhir cukai jalan berkenaan |
Urusan pembaharuan cukai jalan tersebut hanya boleh dibuat di kaunter JPJ sahaja |
Selepas tempoh 6 bulan itu tamat, pembaharuan cukai jalan ke atas kenderaan terbabit tidak boleh dibuat lagi. Bagi membolehkan pembaharuan cukai jalan boleh dibuat semula, waris (bakal pemunya baharu) perlu membuat permohonan pertukaran milikan bagi kenderaan tersebut |
Waris (bakal pemunya baharu) dinasihatkan membuat permohonan pertukaran milikan dalam tempoh berkenaan atau sebelumnya bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak diingini |
Ads:
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon