Viral surat komplen sekumpulan houseman yang mengatakan mereka bekerja lebih masa. Ini bukan isu baru dan telah diperkatakan sebelum ini.
Housemanship is a training period, sebab itu mereka dipanggil Pegawai Perubatan Latihan Siswazah. Mereka hanya ada nombor pendaftaran sementara sahaja. Mereka masih dalam latihan.
Sebelum saya teruskan, Saya harap anda semua jangan salah faham. Biar saya buat beberapa statement dahulu:
1. Saya bersetuju houseman dan kita semua perlu rehat yang secukupnya.
2. Keletihan boleh mengakibatkan kecuaian berlaku.
3. Pelbagai penambahbaikan telah dilakukan bagi mengurangkan beban houseman sebenarnya.
4. Pakar di hospital sentiasa terbuka dalam mendengar masalah houseman. We are always open and approachable.
Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan shift system bagi mengurangkan tempoh jam bekerja houseman di hospital. Ini ringkasan shift system yang di perkenalkan:
1. Mereka bekerja 65-75 jam seminggu (sebelumnya 90 jam utk oncall system)
2. 3 shift berbeza. Untuk shift malam akan dapat post night off. Setiap shift tidak melebihi 16 jam (lihat gambar)
3. At least 1 full day off per week (pada mana2 hari)
4. Post night duty off (afternoon off)
5. Protected time for CME (Continuous Medical Education). Houseman perlu attend minimim 75 peratus daripada jumlah sesi pembelajaran ini.
Saya merasakan apa yang dikomplen adalah tagging period. Tagging period adalah tempoh kritikal untuk houseman belajar apabila masuk posting baharu. Anda perlu dapat skills dan ilmu bagi merawat pesakit di posting tersebut. Tempoh tagging adalah dari jam 7 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Untuk posting pertama, ia adalah antara 10-14 hari (dengan hari cuti selepas 7 hari pertama) kerana anda juga perlu belajar sistem di hospital tersebut - borang, tiub darah, komputer, case presentation dan macam2 lagi). Untuk posting kedua hingga keenam, tempoh tagging biasanya adalah seminggu sahaja kerana anda telah pun tahu sistem di hospital tempat anda bertugas.
Namun, kita perlu faham yang kerja sebagai doktor tidak sama dengan profession lain. Saya telah nyatakan berulangkali & saya abadikan juga dalam cerpen saya berjudul 'Lepto' dalam Buku DiagnosisApokalips bahawa:
"A DOCTOR MAY HEAL OR KILL PATIENTS"
* Anda mahu doktor yang tidak tahu mengenai masalah anda merawat anda?
* Doktor yang ingat2 lupa masalah anda?
* Doktor yang ingat masalah anda hari ini dan lupa keesokan harinya?
Saya menjaga lebih 30 houseman pada satu2 masa di jabatan saya. Jika anda tahu apa yang saya tahu mengenai kualiti sebahagian houseman yang kita ada, anda mungkin akan merasa takut untuk datang ke hospital.
The first essential & compulsory thing that a doctor must do is know your patients well.
Dear Housemen, We can't treat patients without knowing them - bukan sahaja masalah kesihatan & kesulitan mereka, malah siapa pasangan hidup mereka, apa kerja mereka, berapa orang anak mereka. Kita perlu mengenali mereka bagi memberi rawatan yang terbaik buat mereka.
Pagi tadi saya bersama pegawai perubatan saya (medical officer) bertolak jam 6 pagi selepas bersahur dan solat Subuh, menaiki kereta 2 jam daripada Temerloh ke Hospital Kuala Lipis bagi melakukan pembedahan ke atas pesakit kami. Kami berdiri 3 jam bagi melakukan pembedahan tersebut dan kemudiannya kembali semula ke Temerloh (2 jam perjalanan lagi) bagi meneruskan tugas kami di HOSHAS. Kami buat pembedahan di Lipis kerana bagi mempercepatkan tarikh pembedahan pesakit dan memudahkan pesakit.
Perancangan pembedahan ini bermula 3 bulan yang lepas dengan pemeriksaan fizikal, pembelian peralatan dan pemeriksaan bius. 2 minggu sebelumnya pada hujung minggu pun saya dihubungi oleh syarikat implan bagi memastikan pembayaran telah sempurna. Seminggu sebelumnya saya telah memeriksa beliau kembali di klinik saya. Malam sebelum pembedahan saya revise kembali teknik pembedahan dan anatomi lutut. Selepas ini saya akan melihat pesakit ini personally selama minimum 9 bulan sehingga beliau benar2 sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. Semuanya bagi memberi yang terbaik buat pesakit. Merawat pesakit bukan perkara main2 dan bukan boleh dibuat sambil lewa mengikut office hours sahaja.
Ads:
My take is, houseman yang kuat komplen adalah terdiri daripada mereka yang lemah dan manja. Apa yang saya lihat, Houseman yang bagus seperti kebanyakan houseman yang saya ada di HOSHAS adalah tough dan mampu melalui tempoh latihan yang mencabar ini.
Dear Housemen, Yang pipih tak akan datang melayang. Yang bulat tak akan datang bergolek. Kemahiran hanya akan diperolehi dengan latihan dan usaha. Ia tidak akan datang dengan mengambil mudah tugas kita sebagai seorang doktor. Apa yang penting ialah anda mengenali pesakit anda. Jika anda perlu lebih masa untuk mengenali pesakit anda, then anda WAJIB datang lebih awal. Jika anda boleh kenal dan ingat pesakit anda dengan mudah, then anda boleh la datang lewat sedikit, I don't mind. Not knowing your patients is the remedy for disaster. You may kill a patient. And, to the public who read this post, that patient that will die (because of negligence), may be your uncle, your grandmother and your kids my friends. Anda perlu pandai cari masa untuk rehat, makan and take a nap in between.
Dulu masa system Oncall, houseman tak tahan kerja. Houseman complain and mintak shift system. Sekarang shift system pun tak tahan juga, komplen lagi. Jika anda bercita-cita nak jadi doktor, atau ada anak yang anda nak jadi doktor, dengar sini & baca ni baik2.
Doctors mempunyai nilai2 keperibadian yang exclusive dan tersendiri (set of values):
1. Masa bukan milik anda. Anda berkemungkinan besar susah cuti raya, mungkin tak dapat hadir majlis perkahwinan saudara-mara anda, tak dapat hadir kenduri kesyukuran atau arwah keluarga anda. Kalau dapat datang pun mungkin pada hari kenduri diadakan, dan kena balik segera selepas itu tanpa sempat mengemas rumah.
2. Pesakit akan sentiasa di fikiran anda tidak kita anda sedang bercuti atau bekerja. Telefon anda perlu sentiasa "on" kerana pihak hospital mungkin memanggil anda pada bila2 masa.
3. Pesakit sentiasa diutamakan. Ada masanya bayi anda tidak sihat tetapi anda perlu bekerja. Anda masanya ibubapa anda dimasukkan di hospital tapi anda tidak dapat menunggu mereka. Anda menjaga pesakit anda dan meletakkan kepentingan diri anda dan keluarga anda sendiri dibelakang.
4. Belajar secara berterusan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai kondisi setiap pesakit dan memberi rawatan terbaik buat pesakit. Anda perlu ada ketahanan diri untuk menjadi doktor. Kerjaya ini bukan untuk budak2 manja dan perlu dibelai.
5. Waktu kerja anda tidak sama dengan jadual waktu anda. Waktu kerja anda bukannya office hour (walaupun dalam jadualnya office hour).
6. Pesakit boleh datang bila2 masa. Pesakit boleh meninggal bila2 masa. Masa itu bukan milik anda. Anda perlu berkorban untuk pesakit. Otherwise profession ini bukan untuk anda atau anak anda. Pergi cari kerja lain.
Dear parents, Jika anda mempunyai anak yang manja, pampered & protected all the time, dan inginkan mereka menjadi doktor, please think again. Saya sudah deal dengan ramai houseman yang nak resign. Kebanyakan mereka menjadi doktor bukan atas kemahuan sendiri, tapi disuruh oleh kedua ibubapa mereka. Jika anak anda tak mahu atau tak minat utk jadi doktor, by all means, jangan paksa mereka.
Disclaimer: Status ini adalah status peribadi dan tiada kena mengena dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, mana2 Jabatan Kesihatan Negeri atau pihak hospital.
Artikel ini asalnya dikongsi di laman sosial FB milik Dr Mahyuddin. Semoga bermanfaat untuk para pembaca.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon