CERITA DI KAMPUNG
===================
.
Balik beraya di kampung mengujakan. Apatah lagi ianya jarang dilakukan. Lebih-lebih lagi apabila perjalanannya jauh.
.
Di kampung ada pelbagai cerita. Ada rencam yang tersendiri. Susuk tubuh manusia dengan bermacam cerita.
.
Orang kampung juga disapa kemodenan. Gajet sentiasa di tangan. Begitu juga dengan remote tv.
.
Dulu orang tua hanya berbekalkan telefon bimbit Nokia. Tujuannya mudah. Hanya sekadar membuat dan menyambut panggilan.
.
Namun itu dulu. Golongan veteran kampung pun sudah ada grup whatsapps sendiri. Ini dianggap kemajuan bak kata Haji Sudin.
.
Petang tadi berbual dengan dengan anak buah sebelah isteri. Nini namanya. Nini baharu berumur 5 tahun. Cakap masih pelat.
.
Baharu masuk tadika. Apabila disoal apa yang Nini belajar di tadika, jawabnya menyanyi. Nini pun mula menyanyikan lagu Sudirman – Tanggal 31.
.
Liriknya lintang pungkang. Ikut sedap. Ikut apa yang dia ingat.
.
Apa yang menarik pada Nini yang mini tab. Gajet itu melekat seperti magnet di tangannya.
.
Hampir setiap masa gajet itu bersamanya. Tidak lekang. Apabila diambil emosinya terganggu.
.
Apabila berbual dengan Nini, matanya liar. Tiada eye contact. Soalan tidak dijawab habis. Mudah beralih topik.
.
Andai ada kenderaan lalu, pasti mata cepat beralih ke situ. Itupun tidak lama. Meliar balik matanya.
.
Fokusnya hanya pada gajet. Pada games yang dia main. Pada lagu-lagu atau cerita kartun yang dimainkan.
.
Saya berbual pula dengan ibu dan ayah Nini. Cuba dapatkan maklumat lanjut. Bagaimana pelajaran Nini di tadika.
.
Mengikut ibu Nini, beliau agak ketinggalan di sekolah. Apabila saya teliti kerja tadikanya, terlalu banyak kesalahan yang Nini lakukan. Terlalu banyak kerja yang tidak dihabiskan.
.
Ketika itu teringat kajian tentang gajet dan otak di Melbourne. Saya menjadi peserta. Menggunakan gajet dengan kepala penuh wayar. Aktiviti otak direkod.
.
Kajian oleh Telstra. Sebuah syarikat gergasi telekomunikasi Australia. Boleh dianggap TM di sana.
.
Saya hanya perlu guna gajet semahunya sepanjang lapan jam kajian. Tiada had. Guna lima hari berturut-turut.
.
Hasil kajian ini sama dengan puluhan kajian tentang kesan buruk gajet ke atas otak.
.
Pertamanya kesanya ke atas hippocampus. Gudang memori kita di otak. Aktiviti Hippocampus jadi kurang. Natijahnya, ingatan kita merudum.
.
Pelajaran pastinya menghadapi masalah. Prefrontal cortex, pusat fokus juga terganggu. Hilang daya tumpuan.
.
Amygdala, pusat proses emosi juga terkena penangan. Andai diambil gajet, emosi terus naik. Tangisan dan jeritan memingitkan telinga.
.
Ujian ke atas tahap dopamine – hormone bahagia juga mencanak naik. Bila dopamine naik, serotonin – hormone motivasi menurun. Tiada motivasi mahu belajar.
.
Dopamin meningkatkan kuasa ketagihan. Makin tinggi dopamine, makin ketagih seseorang itu.
.
Ya bermain gajet membawa ketagihan. Pusatnya sama seperti mereka yang ketagih kepada dadah Kokain. Tempat yang sama memberi kesan yang sama.
.
Lahir perasaan belas pada Nini. Kecil lagi sudah jadi penagih. Soalnya berapa ramai anak-anak kecil seperti Nini dijadikan penagih oleh ayah ibu sendiri?
.
Cuba semak. Adakah anda juga ada Nini di rumah?
.
MOHON SHARE UNTUK KEBAIKAN BERSAMA
.
Ads:
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon