Sudah 3 hari Prof Izzi tinggalkan kita. Tiada sebarang berita berkenaan Allahyarham. Ada seorang sahabat minta saya ulas sikit ttg Allahyarham. Sahabat ni pun sangat mengenali Allahyarham secara personal.
Memanglah, saya tak nafikan: kalau google nama Prof Izzi di google, macam2 sedutan akhbar yg tak baik berkenaannya akan keluar. Berpuluh tahun dia mengajar, bukan hanya kpd pelajar, tapi kepada para staf agensi kerajaan dan swasta seluruh Malaysia. Sama seperti saya. Satu ketika dulu, dia diberi ujian dgn tuduhan "meraba pelajar". Saya taknak ulas perkara itu betul atau tidak: terserah pada Allah yg tentukan. Tapi mahkamah jatuhkan keputusan tak berdalah pada beliau setelah siasatan dilakukan. Malunya bukan kepalang. Ada orang kata, keputusan tu nak cover malu sebab dia org terkenal: takpelah apa pun- Allah yg Maha Mengetahui.
Saya nak ulas sikit sebab saya agak rapat dgn beliau. Memang kami jarang bertemu, bertemu jika ada program, tapi rapatnya saya dgn Allahyarham sampai dia panggil saya dgn nama Arafat. Dia tak panggil Cikgu, dia tak panggil Yaser.
Selepas dia dituduh meraba pelajar, satu Malaysia benci padanya. Walaupun sebelum itu beliau disanjung. Hanya 1 perkara, khidmatnya sekian lama seakan tak bermakna. Setelah dijatuhkan keutusan tak bersalah atas tuduhan tersebut: beliau masih lagi diketepikan masyarakat.
Ads:
Saya teringat lagi, ada 1 panggilan kpd Allahyarham ceramah di IPT di Pahang. Dia begitu seronok sebab dah lama tak ceramah selepas tuduhan tersebut. Berapa bayaran, bila bayaran langsung tak dipedulinya, yg penting dia nak hadir utk ceramah. Dia bertolak naik kereta dari Kedah menghala ke Pahang seorang diri.
Sampai di Bentong, dia call saya. Ketika itu lepas maghrib. Dia kata:
"Arafat, ceramah saya esok pagi di IPT tu cancel la. Diorang baru whatsapp."
Saya betul2 terkejut. Tergamak diorang buat macam tu. Saya tanya dia sebab apa cancel.
"Diorang cakap dewan ada pihak lain guna."
Naik darah juga saya dengar, tapi panas telinga saya bertukar sebak bila dia kata,"takpelah Arafat, mungkin ada pihak tak suka saya tu.
Tapi bukan nak kata Arafat: hang mai sini makan nasi lemak. Sedap sangat ni. Belakang bas stop Bentong ni. Sedap ni. Aku promote ni". Saya mcm nak menangis bila dia lari tajuk mcm tu.
Saya tanya dia habis tu nak ke mana? Dia kata balik le Kedah. Saya nak share bayar minyak tol dia sebab sedih bila orang buat mcm tu kat dia. Dia kata takpa. Semua Allah dah atur dah Arafat weii. Masih bergurau.
Tapi apa saja orang kata dan sangka padanya, bagi saya dia tetap hebat sebab:
1. Perubahannya ketara kebelakangan ni.
2. Masjid & surau jadi pilihan.
3. Tak malu utk belajar kitab walaupun dia penceramah terkenal & profesor.
4. Akhir nafasnya di bulan yg mulia dan hari Jumaat penghulu segala hari
Subahanallah sahabat.
Mohon sedekahkan Al Fatihah pada Allahyarham sebagai kenangan jasa beliau semasa hayat.
Al Fatihah
-FB Cikgu Yaser-
1 comments:
Click here for commentsOrang yang fitnah dia tu kemana agaknye ek.....
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon